Sep 17, 2011

Mungkin kah daku akan kecapinya .... ?

" Biarkanlah saja diriku sendirian tanpamu
Biarkanlah saja diriku sepi tanpa kataBukan maksud untuk membisuSepi tanpa kataTerpisahnya kita kerana mengejar impian "

Assalamualaikum Semua ...
Aneh rasanya .... Kini Sha ingin luahkan apa yang selama ini terbuku di hati. Tentang bagaimana hati dan perasaan rasa ketika saat sha menaip entri ini... Ketika pendapat sha tentang kehidupan dan cinta saling berubah ... Ketika persepi Sha tentang lelaki berubah ... Saban hari, Sha menantikan kebahagiaan yang selama ini di idamkan ...
Ketika Sha rasa disayangi dan dibelai, saat itulah sha rasa seperti di awang awangan . Sha seorang yang serius dan komited dalam perhubungan... Namun, sebaliknya bagi pasangan sha . Mereka yang pernah menjadi pasangan sha tidak langsung seperti yang diharapkan... Bukanlah niat sha untuk mereka menjadi seperti sha ... bukan..

Namun, setiap perpisahan itu membiarkan hati sha dalam keadaan retak... Makin lama, retak itu kini sudah pecah berderai... Sha kumpul kekuatan untuk mengutipnya kembali... Pedih.. Sakit... Sayu ... semuanya... Sha gagahkan diri ... Dengan hadirnya seorang lagi insan yang 'konon'nya ingin membantu mengutip kembali kepingan kepingan hati yang berkecai, hati itu mampu dibaiki... Namun, belum sempat hati itu bercantum dan pulih sepenuhnya, hati pecah tanpa amaran.. seklai lagi! Tidak mengapa... ku gagahi diri ... ku kuatkan diri... Dalam hati, ku menangis... Luarannya, ku tersenyum... Sha kuat...Namun sha tidak sekuat yang disangkakan ... Setiap mereka yang pergi meninggalkan sha punyai alasan masin masing.. Relavan mahupun tidak, tidak dapat dipersoalkan kerana bila hati sudah dingin, tiada apa lagi yang boleh dilakukan ...

Namun, kali terakhir kini benar benar meninggalkan satu kesan mendalam pada sha ... kekuatan yang dahulunya sha guna untuk mengutip kembali, kini hilang... hilang bersama insan yang sha dahulunya percaya akan kata-katanya... hanya seminggu selepas itu untuk mengetahui Sha adalah kesilapannya yang paling besar pernah dilakukan olehnya... (Kata-kata insan tersebut...) Dan kali terakhir kini membiarkan sha dalam satu keadaan dimana sha sudah mula membina tembok dikeliling sha ... sha sudah takut untuk dilukai lagi... takut untuk dikecewakan lagi ...

Dan sekarang satu lagi sikap sha yang kini mula berubah ... cara percakapan sha... sha lebih suka bercakap formal dengan seseorang itu... mengapa? jadi sha mampu menperjelaskan lagi jarak antara sha dengan orang orang.. tidak mahu lagi diri senang mempercayai... tidak mahu diri sentiasa dipergunakan... tidak mahu diri sentiasa jadi mangsa ...Tidak mahu diri mudah jatuh hati ... Hati sha sudah tiada... cinta sha sudah pergi ... rindu sayang semua kini tiada dalam insan bernama Shafira Hasny...

Terkadang sha fikir... kenapa ya ... kenapa seringkali sha merasai bahagia hanya untuk kebahagiaan itu hilang... mengapa sha disinari cahaya hanya untuk ianya menjadi gelap kembali... Mengapa seseorang itu hadir dalam hidup sha hanya untuk dia berangkat pergi? mengapa sha perlu merasa begini sedangkn mereka yang lain sedang enak dibuai rasa bahagia.. rasa disayangi... rasa dicintai.. Allahu.. Berat hati sha... namun, mereka yang mendengar keluhan sha sentiasa mengingatkan sha... Allah sayangkan kamu... kerana itulah DIa menguji kamu, sayangg... Dan sha percaya kata kata itu ..

persoalannya... Mungkinkah sha akan kecapi perasaan yang bergelar bahagia itu?

3 comments:

Pendamba Mawar said...

benar! kenangan pahit akan mengubah gaya hidup dan pemikiran kita sekarang .. tapi pintu hati untuk cinta tidak akan dapat ditutup kerana cinta itu hadir pada bila2 masa dan cepat pula berlalu sepeti hbusan angin.

Percaya kata saya , jangan menyesali perhubungan yang pernah terjalin tapi sesali pertemuan yang memulakan perhubungan itu.

mungkin anda masih belum menemui insan yang betul menjadi teman anda. sabar ya. usia masih muda, fokus pada hidup anda.

Cinta yang sejati akan hadir bila kita benar benar bersedia untuk menerima kahadiran nya.

PadaNya kita memohon petunjuk agar kita ditemukan dengan insan yang mampu menerima siapa diri kita. Jangan putus asa dalam percintaan ok..
salam sayang dari pendamba

jika sudi jmput komen entri pendamba jua.

Shafira said...

Assalamualaikum Pendamba hati...
Allahu... berat hati ni rasanya.. bebannya terlalu berat ... terima aksih atas nasihat serta kata semangat... terima kasih bnyk bnyk..

Anonymous said...

sayang, mungkin Allah temukan sha dengan orang yang salah sebab Allah nk sha jadi wanita y lebih kuat lepas niy?

mungkin Allah temukan sha dengan orang yang salah sebab nak temukan sha dengan orang yang betul2 sayangkan sha?

mungkin Allah datangkan pelbagai ujian terhadap sha sebab nak sha tahuu bukan selamanya kita akan bahagia, ada masanya kita perlu sedar DERITA itu mesti ada...

LA TAHZAN SAHABATKU....

kesenangan akan muncul selepas kesusahan...

InsyaAllah BAHAGIA milikmu...:D

Daisypath Wedding tickers