“ Awakk... awak ingat tak lagi macam mana kita kenal?”
Persoalan suami tercinta, Akmal Fahim ku biarkan tanpa jawapan.
“Sayang ... Sayang... Nur Saffinatunnajah! Abang panggil dia buat tak tahu
je eahh!”
Tersedar aku dari lamunan. Habis la, kalau suami dah panggil dengan nama
penuh , maknanya adalah tu yang tak kena .
“Iye, abang... Najah ingat sangat sangat... Abang kan dulu yang tergila
bayang dengan Najah?” Usikku nakal.
Pantas sahaja tangan suamiku mencari tangan dan mencubit.
“Aduhhh.. sakit la abang... Ape la abang ni.. Najah nak gurau pun tak
boleh. Iye, Najah ingat.” Ku mencari lengan sasa Akmal lalu ku peluk. Tersenyum
aku seorang diri. Pertemuan kami ... Ingat ... Siapa yang tak ingat ..
Empat tahun dahulu, semasa aku masih lagi seorang pelajar
di Sunway University College dibawah tajaan Yayasan Tenaga Nasional, aku
seorang yang kurang percaya dengan lelaki. Mungkin kerana hati telah seringkali
terluka membuatkan aku muak dengan sikap kaum Adam. Hinggalah datangnya
Muhammad Akmal Fahim bin Muhd. Fikry. Berbezanya aku dan dia ibarat langit dan
bumi. Aku berhijrah ke Kuala Lumpur kerana ditaja, tetapi dia ke mari kerana
itu kata hatinya. Manakan tidak, keluarganya orang yang berpengaruh. Sebut
sahaja nama Dato’ Fikry bin Affandi, seantero dunia kenal. Siapalah aku jikalau
hendak dibandingkan dengan insan yang tarafnya setinggi itu.
‘Engineering’ bukanlah satu bidang yang mudah, namun
apalah pilihanku. Itu yang telah ditetapkan untukku dan itu jugalah yang harus
berusaha. Aku dahulunya tak suka dengan Akmal Fahim ni. Bila dia dalam kelas,
dialah yang paling bising. Sampaikan nak beri perhatian dalam kelas pun
sangatlah susah. Asalnya aku tak ambil peduli, tetapi tiba satu hari , aku
telah ditugaskan untuk menjadi pasangannya dalam satu tugasan besar.
“ Sir, excuse me, but can you assign me a different partner,sir?” Aku
memulakan bicaraku dengan Dr.Raj, professor aku untuk subjek Introduction to
Chemistry.
“I’m sorry, Najah but my decision is final. I am pretty sure you of all
people can complete the task given. Trust me; you will do fine with Akmal.” Itu
sahaja respons Dr.Raj untukku.
“Alahai. Kenapalah malang
sangat nasib aku dapat si Akmal tu sebagai pasangan.” Getus hati kecilku.
“So, you partner I ea? Saffinnatunnajah ... Panjangnya nama. Nak panggil
apa ni? Tak kuasa nak panggil nama panjang panjang ni.” Akmal tersenyum lebar
bila aku melabuhkan punggung di kerusi sebelahnya.
“Panggil je Najah.
Bukannya panjang sangat pun. Dah itu nama yang mak ayah saya bagi. Nak buat
macam mana.” Bidasku kembali. Suka hati mamat ni je nak komen itu ini pasal
aku. Ini boleh menimbulkan kemarahan!
“Najah? Okay . You boleh
panggil I Akmal. So, macam mana ni? Apa yang you plan untuk buat assignment
ni?”
“ Apa kata kita bincang
lagi dua hari? Beri masa untuk awak dan saya fikir tentang idea masing-masing.
Dalam dua hari lagi, kita jumpa dan bentangkan idea masing-masing. Boleh?” Aku
mula menyuarakan pendapatku.
“ If you say so, Naajahh.”
Terus dia bangkit dari kerusi dan keluar dari kelas.
Ya Allah! Macam manalah
nak siapkan tugasan kalau dia bersikap macam ni. Aku menoleh ke belakang untuk mengambil buku,
dan bila aku menoleh kembali, terkejutnya aku bila si Akmal tercegat di depan
ni.
“ You
... Bagi number phone you. Senang sikit I nak contact you kalau ada apa apa.”
Katanya sambil menyerahkan iPhone 4S canggihnya. Aku, seperti dipukau,
mengambil dan terus meneken skrin sesentuh itu dan menyimpan nombor telefonku.
Aneh, sebelum ini bukan senang untuk aku menyerahkan nombor aku pada sesiapa.
Aaah! Takpelah. Bedal je lah. Dan aku memutuskan untuk mengabaikan perasaan
itu.
----------------------------------------------------------------------------------
Akmal Fahim tersenyum
tatkala melihat nama Najah tertera di iPhone nya. Entah mengapa, satu rasa yang
aneh yang tak pernah dia rasai menyelinap ke dalam hati.
“Kenapa aku rasa macam ni?
Selalu je aku nampak minah tu dalam kelas. Nak kata kecoh, takdela kecoh macam
aku dalam kelas. Tapi, kenapa aku macam... terpikat dengan dia...?” Dia
bermonolog sendirian di hadapan laptopnya. Facebook kepunyaan Najah ditatap dan
direnung. Gambar gambar dalam album dibelek dan diteliti selama mungkin.
“Ahhh.. ni semua mainan perasaan je, Akmal. Lambat laun, hilanglah tu. Yang
penting sekarang, kau belajar.”
Keesokkan harinya, bila
Akmal Nampak satu kerusi kosong di sebelahku, cepat cepat dia mengambil tempat
kosong itu. aku disebelah seakan terkejut.
“Apa mimpi awak nak duduk
depan pula hari ni, Akmal?” sergahku yang ternyata tidak selesa dengan
tindakannya. Tak nak aku dia duduk disebelah.
“Nak ubah angin. Bosan
pula duduk kat belakang tu bising bising. Nak cuba duduk kat depan pula. Boleh
kan, Cik Najah?” Renungan Akmal kini membuat aku macam cacing kepanasan. Tak
senang duduk dibuatnya. Merah rasanya muka aku.
“Terpulang pada awaklah,
Encik Akmal. Tapi, kalau awak buat bising, saya ketuk awak dengan...” Mataku meliar mencari objek yang bakal menjadi
senjatanya. “ ... saya ketuk awak dengan botol air ni tahu!”
Tergelak besar Akmal
melihat gelagatku yang seakan akan kebudak-budakan. Tak sangka Najah ni tak
ubah seperti kanak-kanak lima tahun. Kelas pada hari itu berjalan dengan
lancar. Akmal kurang mengganggu kelas dan lebih menumpukan perhatian pada apa
yang ingin disampaikan pensyarah. Aku pula sekali sekala mencuri jeling pada
Akmal yang duduk disebelahnya. Tanpa dia sedari, rasa itu juga hadir dalam hatiku.
Apakah maksud semua ini?
Selesai sahaja kelas, aku
mengemas barang barang miliknya di atas meja. Sudah menjadi kebiasaan untukku belajar
sambil segala isi kotak pensilnya berterabur.
“Najah, you jangan lupa
eah. Esok kita bincang. Tapi I takde mood la nak bincang kt campus. Haa, apa
kata esok lepas maghrib, dalam kul 8 malam macam tu, you siap-siap. We’ll go
somewhere else to discuss.” Akmal memulakan bicara, yakin namun perlahan.
“ Pergi mana pula ni Akmal?
Awak nak bawa saya ke mana?” terkejut
aku dengan sergahannya.
“ Hey, trust me okay.
Memandangkan esok kita tak ada kelas, apa apa I sms atau call you je.” Akmal
bangkit dan terus menuju ke pintu, membiarkan Najah terpinga pinga dan tidak
sempat untuk berkata apa apa.
“ Isshh
mamat ni. Suka suki hati dia je nak buat apa tau. Geram tengok gelagat dia!”
Tapi, jauh di sudut hati, Aku tidak sabar menantikan hari esok.
---------------------------------------------------------------------------------------
Seharian hari Sabtu ini
Najah berlegar di dalam biliknya, masih lagi memikirkan destinasi yang bakal
dibawa oleh Akmal sebentar lagi. Tak kurang juga dia membelek pakaian dalam
almarinya untuk mencari satu pakaian yang sesuai untuk malam itu. Seusai melakukan kerja kerja rumah, Najah
kembali ke biliknya dan membuka pintu almarinya seluas mungkin.
“ Nak pakai baju ni ke
eah?” Omel Najah seorang diri sambil mengambil baju blouse biru dan mengenakan
pada tubuh badan. “ Tak nak la, formal sangat.” Najah terus menyelongkar isi
almarinya untuk mencari satu baju yang menjadi kegemarannya sedari dulu. “Haaa!
Dah jumpa dah.” Teriak riang Najah bila dia menarik keluar baju merah jambu
kesukaannya. “ Aku pakai ni dengan tudung merah jambu yang hari tu dengan skirt
labuh hitam. Boleh la tu. ‘Tak kuasa aku nak melaram untuk mamat tu.’
Bunyi lagu Drive By di telefon
bimbit bergema menjerit meminta Najah membuka mesej yang baru sahaja masuk.
“ You, I ni. I dah ada dekat dekat sini. I Maghrib kat tingkat 3 je dekat
campus. Bila you dah siap, mesej I. I akan tunggu dekat gate depan,okay.
~Akmal~”
Najah
menoleh jam di atas meja soleknya. Ya Allah! Dah pukul 7.00 petang. Kelam kabut
Najah bangun dan menyentap tualanya dan meluru masuk ke bilik mandi. Usai
kering badan dan menyarungkan baju, baru Najah menunaikan solat Maghrib dan
bersiap siap untuk turun ke bawah.
“Assalamualaikum.. awak, saya dah ada di bawah ni. Dah siap dah. Saya
tunggu di gate depan ya. ~Najah” dan Najah akhirnya menekan butang ‘Send’.
Ketika melangkah keluar
dari lif, Najah ternampak sebuah Lancer merah menunggu diluar gate. Walaupun
diburu 1001 rasa, Najah menggagahkan diri untuk membuka pintu kereta Lancer
milik Akmal dan melangkah masuk.
“ Assalamualaikum.” Najah
memulakan bicara.
“ Waalaikumsalam. Okay,
awak dah ada idea untuk projek Dr.Raj tu?” Balas Akmal tanpa menoleh Najah.
“Ada. Apa kata kita....”
dan Najah berterusan melontarkan idea ideanya yang telah lama difikirkan untuk
projek ini. Sepanjang perjalanan, Najah dan Akmal bertukar pendapat dan masih
cuba untuk mendapatkan tajuk yang projek yang sesuai untuk mereka berdua.
“ Boleh tahan juga mamat
ni. Fikirkan selama ni dia tak bagi perhatian dalam kelas, sekali tengok idea
dia bernas bernas juga.” Terdetik di hatinya. Tanpa disedari, Najah mengelamun ke
luar tingkap.
“Najah ... Najah.. Saffinatunnajah!”
Akmal meninggikan suara sedikit melihat panggilannya tidak diendah.
Najah yang mengelamun tadi
tersedar dan memandang Akmal. “ Apa dia, awak?”
“Makan jom. Saya lapar la.
Kita sambung perbincangan kita sambil makan,okay? Bawa lah seklai laptop awak
dan kertas kerja tu.” Arah Akmal yang sudahpun memarkir kereta di hadapan
Secret Recipe.
Najah tidak membuang masa
dan membawa segala laptop dan kertas kerjanya dan melangkah masuk ke restoran
itu. Dua tiga jam bersama Akmal membincangkan projek ini membuka mata kepada
Najah tentang siapa sebenarnya Akmal Fahmi. Dia bukanlah anak orang kaya yang
sombong dan hanya tahu membuat bising dan tidak menghormati orang lain.
Hari
hari yang mendatang memberi ruang untuk Akmal dan Najah lebih akrab dalam
persahabatan. Tak sah kalau mereka tidak meluangkan masa bersama tiap-tiap
hari. Hari yang mendatang telah membuka mata mereka berdua tentang pandangan
dan perspektif hidup yang berbeza.
---------------------------------------------------------
“Sayanggg... Alahai isteri abang ni. Kenapa dari tadi
termenung saje ni?” Laungan Akmal sekali lagi membuatku tersentak.
“Maaf, abang. Najah
teringat macam mana dulu abang dalam kelas masa kita kat Sunway dulu.”
Tersengih Najah memandang wajah insan yang menjadi imam dalam hidupnya sejak 3
tahun yang lepas.
“ Abang tahu lah dulu
abang ni nakal. Sayang pula jenis yang rajin sangat. Rasanya nanti kan, kita
lawat Dr.Raj, nak?” suara Akmal.
“ Jumpa Dr.Raj? Buat apa abang?” Terduduk aku mendengar
pendapat sang suami.
“Nak ucap terima kasih pada dia lah. Dia yang pasangkan
kita berdua untuk projek tu.. Sayang tak ingat?” Satu cubitan manja hinggap di pipiku.
“ Ada ada je abang ni ya.
Tapi, Insya Allah, kalau kita ada di Kuala Lumpur, apa salahnya kita singgah
Sunway? Rindu pula nak makan kat Rock Cafe. Awak selalu temankan saya makan kat
Rock Cafe lepas kelas.Baiknnya abang masa tu.” Najah kembali di pangkuan Akmal
dan menghadiahkan satu kucupan halus di pipinya.
Sedang mereka leka dalam
pelukan masing masing, terdengar suara tangisan bayi di dalam kamar.
Cepat cepat Najah bangun. “
Haaaa, hero kita dah bangun tu, abang. Terkejut la tu mama papa dia tak ada.
Kejap ya, abang. Najah ambil dia sekejap.” Dan terus berlalu memasuki bilik
bayi mereka. Tidak lama kemudian, Najah keluar semula dengan bayi yang usianya
baru menginjak lima bulan dan kembali duduk dalam pelukan suami tercinta.
“ Anak papa baru bangun
ya.. Ala comelnya anak papa ni. Muhammad Aiman Farish..” Akmal mengomol pipi
anak lelakinya yang selama ini mereka nanti nantikan.
“Aiman, depan Aiman ni
papa nak cakap. Papa bersyukur sangat Aiman datang tahu. Mama dengan Papa
sentiasa menantikan kehadiran Aiman. Akhirnya Allah menunaikan doa Mama dan
Papa. Pada Mama Aiman pula....”Akmal mengalih pandangannya dan memandang Najah
tepat ke mata. “... terima kasih sayang. Terima kasih kerana telah menerima
abang dalam hidup sayang, kerana telah memberikan abang hadiah yang paling
berharga.”sambil matanya melirik kepada si kecil yang makin ligat bergerak.
“Abang, Najah juga nak
ucapkan terima kasih kerana abang sudi menerima Najah, sudi membimbing Najah
dan selama ini berada disisi Najah saat Najah perlukan. Najah sangat berterima
kasih dan bersyukur dipertemukan dengan abang.” Ucap Najah dengan penuh
romantis. Akmal terus memeluk bidadari kesayangannya itu.
“Wahai pemilik tulang
rusukku, bantulah diriku menuju ke jalan-Nya. Bantulah diriku mendidik zuriat
kita menjadi anak yang soleh dan solehah. Semoga cinta kita direstui dan
diberkati serta kekal hingga ke jannah, imamku.” Bicara hati Najah sambil mata
dipejam.
Tangisan Aiman memecah
kesunyian kedua Akmal dan Najah yang hilang dibawa perasaan masing masing. “Ala
kesian anak mama ye, kene kepit dengan Papa... Nakal eah Papa.. Takpe, nanti
Mama cubit tau.” Seloroh Najah. Akmal membulatkan matanya sambil menunjukkan
ekspresi muka tidak puas hati atas komen Najah. Tak lama selepas itu, mereka
berdua tergelak dan kemudiannya sambung melayan karenah putera kecil mereka.
Moga kebahagiaan ini milik mereka sentiasa, Insya Allah.
#Ini adalah kali pertama diri ini mencuba untuk menulis sebuah cerpen .. segala komen dan kritikan boleh lah tinggalkan di kotak komen yang telah disediakan. Saya budak baru belajar, kalau salah .. tlong tunjukkan ...
3 comments:
Ok.. Bagus.. Usaha lagi.. Pasni buat yg 10 page pulak ye..
wott wottt ! naissssss! congrates fi! ;D
Nice! Terasa seolah2 diri ni membawa diri najah 2..
Post a Comment