Jan 16, 2012

Indahnya perhitungan Allah ... :)

Dengan lafaz Bismillah ku memulakan entri kali ini ..

Kali ini entri Sha akan dalam bahasa Melayu .. hee~~


Indahnya perhitungan Allah ... tdi kt Facebook, ternampak status Kak Zalia .. *comeyy taw kak Lia nie.. hehee...*

♥ SEBELUM KITA MENCINTAI SESEORANG ♥ 
Pesan pada DIRI.. Jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak sudi.. Pada insan yang tak mengerti.. Kerana,sekali kita memberi, selamanya dia di HATI.. Kerana,sekali kita dilukai, sampai bila2 tetap kita ingati..Pesan lagi pada diri, hati2lah dalam memberi HATI sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI." .. :-)


Dan beberapa komen yang tersangat menyentuh hati sha.. dan juga memberi inspirasi sha utk menaip entry ini dengan lajunyaa...:) 


*click utk tumbesaran.. :) *

Jadi, dengan komen dan entri sha sekali... sha berfikir sejenak... Wajarkah sha masih menyimpan segala kemarahan dalam hati terhadap mereka mereka yang dahulu pernah berjanji akan bersama Sha ? mereka mereka yang dahulunya sanggup berkorban apa sahaja demi sha? wajarkah sha masih menyimpan perasaan itu..? Allah ... beratnya hati ini ... berat kerana segala kemarahan itu belum lagi hilang... ada seseorg pernah cakap kt sha... memafkan lebih baik dari dimaafkan.. jadi, setelah berkomen dengan dua org kakak yang sangatla   matang.. hati sha terdetik... Adilkah bagi insan yang kini berusaha menjaga sha..? sedangkan ruangan hati yang sha guna utk menyimpan kemarahn boleh digunakan utk merapatkan perhubungan sha dengan dia.. perhubungan sha dengan Allah.. perlukah ruangan itu wujud lagi ..? perlukah ruangan kemarahan itu wujud lgi dlm diri ... 
Bak kata Kak Lia, walau apa yang berlaku dalam perhubungan, tabahlah... Allah nak uji sha.. seperti yang pernah sha katakan , Allah nk uji hamba-Nya yang lemah ini.. Allah nak lihat sejauh mana sha mensyukuri nikmat yang Dia berikan pada sha... 

Ya Allah, terima kasih kerana telah membuka hatiku ut membuang segala rasa kemarahan ini... Pelangi sha insya allah telah tiba.. Anugerah Allah utk hamba-Nya yang lemah ini ... selama mana kita masih lagi mencari Allah utk menenangkan, selagi itulah Allah akan menemani dan membantu ... selama ini sha dah jauh tersasar.. 

dan Sha sedar segala perhitungan yang terjadi ... segala perancangan Allah ada hikmahnya yang tersendiri... sama ada sha sedar atau tidak... dan sha amat bersyukur dengan apa yang sha ada sekarang... 

Jadi dengan ini, setulus hati... seikhlas hati ... sha meminta maaf dan juga memaafkan mereka mereka yang terdahulu pernah hadir dalam hidup sha.. setiap dari kamu yang hadir mengajar sha sesuatu... dan menjadikan sha siapa diri sha sekarang... terima kasih.. forgive me, will you please guys...?  dan kepada en.sayang, maafkan saya kerana selama ini saya penah berdendam dengan mereka yang terdahulu sehingga saya terlupa yang sekarang.. anugerah Allah pada saya adalah kamu.. dan insya allah akan saya jaga perhubungan ini sebaik mungkin... insya allah.. moga cinta kita smpai ke syurga... 

Sejujurnya dari hati, sha mendoakan kebahagiaan dan kejayaan masing masing... di dunia dan di akhirat kelak.. insya allah ... 

Terima kasih ya Allah ... 

No comments:

Daisypath Wedding tickers