Jul 1, 2012

Bila Tiba Masanya ..



“Apa perasaan kau kalau orang yang kau sayang rupanya dengan orang lain? Yang paling aku sakit, kawan baik aku. Kawan baik aku!” Amarah Farah tidak mampu dibendung lagi. Api membara terhadap Hani masih lagi dalam hatinya. Sanggup kawan baiknya sendiri merampas Syakir darinya? Apa persahabatan mereka tiada lagi nilainya?

“Sabar, Farah. Allah lebih sayangkan kau ... Allah tunjukkan siapa diri Syakir yang sebenarnya pada kau.” Lia cuba menenangkan sahabat karibnya itu. Tak sanggup dia melihat Farah resah sebegitu sekali.  Hani pun satu. Dah tahu Farah dan Syakir dah lama bersama, nak juga dicucuk jarumnya. Manusia manusia.  “ Farah, kau dah tak lama dah kat UiTM ni pun. Lepas ni, kita sama-sama nak sambung kt USA , kan..? Kau buka je lembaran baru dalam hidup kau.”

“Takpe, Lia. Andai benarlah mereka ditakdirkan bersama, aku redha. Aku Cuma sakit sebab mereka sorokkan perhubungan tu belakang aku. Mungkin selama ni bila aku keluar dengan dia, dia fikirkan Hani, bila dengan aku, dia tak pernah lekang dari handphone mahal dia tu. Sekarang baru aku tahu dia sibuk mesej dengan Hani. Takpe, dua minggu lagi dah nak graduasi. Aku nak pergi dari sini, Lia. Aku nak buka buku baru dengan permulaan cerita yang baru. Kau akan sokong aku kan,Lia?” Farah mendekati Lia dan mengenggam tangannya.

“Farah, aku kawan baik kau sejak kita mulakan perjalanan kita di UiTM ni. Kerana sokongan kau jugalah, aku berpeluang untuk melanjutkan pelajaran dibawah tajaan MARA dengan kau. Sudah tentu aku akan sokong kau. Sama-sama kita jadi akauntan Berjaya nanti, Insya-Allah.” Senyum Lia sambil mengelap sisa air mata yang terkesan di pipi Farah.

Begitulah Farah. Ini bukan kali pertama perkara seperti itu terjadi padanya. Sepanjang 23 tahun hidupnya di bumi Allah ni, ini kali ketiga situasi ini terjadi. Namun, Farah yakin dengan rancangan-Nya dan menganggap itu hanyalah dugaan kecil yang perlu ditempuhi.
Masa yang ditunggu tiba. 4 bulan selepas graduasi dah insiden itu, Farah dan Lia kini berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan bersedia untuk melangkah ke bumi Barat. Semua ahli keluarga  rakan-rakanya yang lain juga turut berkumpul. Maklumlah, mungkin mereka hanya berpeluang untuk kembali ke tanah air tahun depan. Sudah tentu masing masing sayu dengan perpisahan ini.

Farah tidak menyangka Hani dan Syakir berani datang ke KLIA untuk menghantarnya, namun dimaniskan mukanya kerana banyak mata memandang. Farah mencari Lia dan menariknya ke arah pasangan bahagia itu.

“Farah …” Syakir cuba untuk memulakan bicara.

“ Sebelum kau cakap apa-apa, aku dah lupakan segala kenangan pahit apa yang terjadi antara aku, kau dan Hani. Sekarang, antara kita semua, kosong kosong. Tak perlu cakap banyak lagi. Aku hargai kau berdua datang ke sini. Aku doakan korang berdua bahagia. Aku hanya harap kalian berdua juga doakan kejayaan aku dan Lia. Andai ditakdirkan, kita semua akn bertemu lagi. Aku nak pergi pada keluarga aku. Maaf, Assalamualaikum.” Pantas sahaja Farah berceloteh dan pergi ke arah keluarganya.

“ Lia ....” Hani pula cuba berbicara.

“ Hani, Lia tak tahu nak kata apa dalam perkara ni. Ini keputusan kalian berdua. Keputusan kalian berdua telah menyakitkan hati seorang sahabat yang selama ni ada dengan korang, tak kira susah mahupun senang. Dengarlah kata Farah, lupakan semua apa yang terjadi. Doakan kejayaan kami,Insya-Allah. Mungkin itu sahaja yang mampu mengurangkan rasa di hati Farah.” Lia mendekati Hani dan menggenggam erat tanganya yang terketar-ketar menahan rasa sebak.

“ Hani harap Farah mampu mencari ruang dalam hati dia untuk memaafkan kami berdua.” Jelas Hani.

“ Farah dah lama maafkan, Cuma fahami hati seorang perempuan. Andai terluka, perlukan masa untuk pulih. Syakir, kau pula jangan sia-siakan semua ni. Kau dah buat keputusan jadi kau perlu bertanggungjawab dan jaga Hani sebaik mungkin. Aku doakan yang terbaik untuk kalian berdua. Aku kena pergi. Kesian keluarga aku tunggu lama. Kejap lagi dah kena masuk.”

“Good luck, Lia. Untuk kau dan Farah. Semoga selamat pergi dan kembali.” Ucap Syakir sambil berpusing dan beredar dari situ dengan Hani dalam pelukannya.

Farah yang memerhatikan gelagat mereka bertiga sejak tadi berasa sangat sayu kerana terpaksa berkasar sebegitu sekali terhadap insan-insan yang satu masa dahulu pernah digelar karib. Farah melihat Lia mula bergerak ke arah nya, lalu Farah toleh dan mengelap sedikit air mata yang jatuh. Farah nekad, dalam tempoh 3 tahun ni, dia nak bebas dari segala perasaan cinta. Niatnya hanya satu . Ingin membuat keluarganya bangga terhadap pencapaian dirinya.

“Farah, sedia?” Lia tersenyum manis sambil memegang pasport dan tiket penerbangan.

            Farah menarik nafas dan menoleh. “ As ready as I’ll ever be.” Dan mereka berdua melangkah melepasi kastam, melambai ke arah ahli keluarga kali terakhir dengan harapan yang menggunung. Bermulalah pengembaraan mereka ke Amerika Syarikat.
            3 tahun berlalu dengan begitu pantas. Lia dan Farah kini pulang ke tanah air dengan ijazah sarjana muda yang lama diimpikan sejak dari kecil. Dalam tempoh tiga tahun ini jugalah Farah berjaya menjauhkan dirinya dari segala belenggu cinta dan kini fokusnya untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh.

            Lia pula lain ceritanya. Lia bertemu dengan seorang jejaka ketika sedang belajar dan kini berpacaran. Mereka bercadang untuk mengikat tali pertunangan sebaik sahaja mereka meminta restu keluarga masing masing.

            “ Untungla haai si Kamarul tu.. Dapat bakal bini cm kau, Lia. Cantik, pandai masak, baik .. semuanya ..” Puji Farah tika meneman sahabat karibnya itu dalam kamar menunggu kedatangan ibu Kamarul untuk menyarungkan cincin.

            “ Ishh kau ni Farah. Puji lebih lebih pula. Mana ada. Alhamdullillah, Allah pertemukan aku dengan dia. Mungkin sudah sampai panggilan kami untuk berumah tangga.” Malu Lia dipuji sebegitu.

            “ Hai, Lia, untungnya kau. Aku sanggup cuba apa sahaja untuk dapatkan apa yang kau ada sekarang. Takpe, aku percaya Allah ada rancangan lagi hebat untuk aku. Aku akan tetap bersabar.” Omel Farah berseorangan tatkala melihat Lia bersama bakal ibu mertuanya.

            Farah kembali kepada rutin hariannya. Kini bekerja di salah sebuat anak syarikat MARA, Farah kini makin cekap dalam tugasnya dan sering mendapat pujian dari pekerja-pekerja sekeliling. Farah juga tertarik dengan seorang lelaki yang berkerja dalam satu pejabat dengannya, tapi didiamkan sahaja kerana enggan digelar perigi cari timba. Biarlah Syukri tak tahu tentang perasaannya itu. Sambil bekerja, Farah juga rajin ber-‘chatting’ di Friendfinder. Pelbagai ragam manusia yang dijumpanya. Hinggalah dia ternampak satu ‘screen name’ yang entah kenapa, membuat Farah ingin benar mengenalinya. Tanpa menunggu, Farah menekan ‘Jejaka_Impian’ dan mula berbual dengannya.

Gadis_Pujaan: Hai.. selamat berkenalan.
Jejaka_Impian: Assalamualaikum awak. J
Gadis_Pujaan:  Maaf, saya tak tahu awak Islam ke bukan tadi. Waalaikumsalam. Nama awak?
Jejaka_Impian: Panggil saya Jay je. Tapi tu bukan nama betul tau. Awak pula?

“Ish , mamat ni. Nak main tarik tali pulak dengan aku,” getus hati Farah.

Gadis_Pujaan : Awak pun panggil saya Ja je lah. Tapi tu bukan nama betul juga tau. :P

Tersenyum Farah berseorangan di belakang mejanya sambil melayan Jejaka_Impian. Farah rasa terhibur dengan gelagat sahabat mayanya ini. Persahabatan mereka berlanjutan dengan bahagianya walaupun mereka tak tahu asal usul masing-masing. Mereka boleh berkongsi kisah masalah kerja dan sebagainya. Pernah juga Farah minta Jay menghantar gambarnya ke dia, tapi Jay menolak dengan alasan takut Farah tak suka dan terus menyepi.

5 bulan berlalu dan mereka masih lagi berhubungan hanya melalui laman web itu sahaja. Bahkan Farah tiada Twitter dia, mahupun Facebook. Tapi, Farah merasa satu perasaan yang berbeza dari yang lain. Sejak mereka kerap ber chatting, Farah tidak pernah melepaskan Samsung Galaxy Tab nya itu. Lia yang sudah lama memerhatikan gerak geri Farah juga perasan sesuatu yang berbeza dalma diri Farah. Farah kini makin mudah senyum, suka gelak dan mudah dibawa berborak.

Lia menyelinap di belakang Farah dan cuba mengintai apa yang sedang Farah lakukan. “ HAAAAH!” Terjah Lia.

“ Opocot mak kau terjatuh!” Latah Farah yang kemudiannya bangun dari tempat duduk. “LIA! Tak baik tau terjah Farah macam tu. Terkejut aku dibuatnya. Dah lah aku melatah kuat pulak tu.” Farah mula memuncungkan mulutnya.

“Hehe ... Aku dah lama ada kat belakang kau. Kau tu yang leka sangat sampai aku yang dah penat berdiri belakang kau pun kau tak sedar. Kau dari tadi aku nampak asyik senyum je. Ada apa apa yang kau nak kongsi tak? Cepat kongsi, sebab aku nak kongsi jugak berita dengan kau ni.” Lia melabuhkan punggungnya di meja Farah.

Same old, same old je sayang. Aku masih lagi tenagh berkenalan dengan si Jay ni. Aku dah penat pujuk dia suh bagitahu nama, gambar.. semua dia tolak. Dia kata aku akan tahu bila tiba masanya nanti. Haaihh..”

“Wahh, ala ala romantik gitu kaaauu... hahaha... alaaa, sabar je la ... Kau sendiri cakap dengan aku kan.. Allah tahu apa yang terbaik untuk kau.” Lia mula mengusik patung patung mainan yang ada diatas meja Farah.

“Ish kau ni. Kalau datang meja aku je, mesti nak teraburkan patung patung tu kan.. bukan kau nk tolong kemaskan. Haaah, tadi kau cakap ada berita jugak.. Apa beritanya?” Tangan Lia diketuk lembut dengan pembaris.

“ Kedekut la kau ni Farah. Hehe .. Anyways, ada dua berita. Berita satu, aku dengar Hani dengan Syakir bakal melangsungkan perkahwinan dorang akhir bulan ni. Kau nak pegi tak?” Lia menjangkakan yang Farah takkan setuju tapi...

Sure, why not? Lagipun aku dah lama tak jumpa dorang. Haruslah kita pergi. Berita kedua?”
“ Aku dengan Kamarul dah tetapkan tarikh kami. Kau pula akan secara autonominya akan menjadi pengapit terhormat aku. Kau kena pakai baju apa yang aku pilih tau. WAJIB!’ Lia memberi amaran.

“ Beb, kalau baju kau pilih cam budak budak, memang sah aku takkan pakai. Poodaahh kau.. hhaha...” Hilai tawa Farah dan Lia memenuhi segenap ruang pejabat tu.

“Eh, Lia. Aku nak sambung buat kerja ni. Leger ni boss nak kejap lagi. Tadi leka sekejap dengan Jay. Pastu kau pulak datang menyibok.”

“Hahaha.. ye la tu kau. Okay la. Balik nanti kita borak lagi.” Lia kembali ke mejanya.

“ Eh, mana dia ni? Syukri, mana kau? Tadi elok je kau depan mata aku...” Mata Farah melilau mencari klibat Syukri tapi mana ntah lelaki itu. Farah juga melihat Samsung Tabnya dan melihat Jay sudah pun offline. “Memang korang nak aku buat kerja , kan? Haaihh ...”Farah merungut sendirian.
Farah menggagahkan dirinya melangkah ke majlis pernikahan dan persandingan Syakir dan Hani. Dalam hatinya, dia memohon kekuatan agar dapat menempuh hari itu dengan senyuman dan redha atas satu perkara yang terjadi lama dulu. Mungkin jodoh dia dan Syakir hanyalah sampai situ sahaja. Allah Maha Mengetahui. Lia hadir ditemani tunang tersayang dan Farah pula tidak berteman. Betapa kekoknya rasa, namun Farah redah je.

“ Selamat Pengantin Baru korang. Moga kekal hingga ke anak cucu. Moga rumah tangga korang sentiasa diberkati dan dirahmati.” Salam huluran Hani disambut Farah dengan senyuman.

“Farah.. Thank you sebab datang. Aku fikir kau tak datang tadi.” Syakir nampak segak berbaju Melayu warna biru.

“ Takkan la aku tak datang. Kawan aku kan. Mestilah aku datang. Korang ni merepek ape ntah .. Haaaiihh...” Gurau Farah sambil cuba menyembunyikan perasaan sebenar.

“ Farah, ni kenalkan, Syukri. Kawan baik aku.” Syakir menoleh ke kanan dan memeperkenalkan seseorang yang telah lama aku kenal.

“ Syukri ... Hai, saya Farah. Eh, bukan kita sama tempat kerja ke?” Farah hairan.

“ Betul la tu. Saya duduk depan sikit dari meja awak.” Balas Syukri dengan senyuman yang sudah lama Farah idamkan.
“Mak aihh.. rupanya dia ni kawan Syakir rupanya. Alaaahaaai.” Farah terleka seketika hinggalah dirinya ditepuk perlahan oleh Lia.

“Mak cik, kau kalau tak termenung, memang tak sah eah? Nasib baik aku tak sergah kau tadi. Kalau tak, memang kau jadi tarikan utama majlis ni kau tau tak.” Lia mengusik Farah lagi.

Farah cuba untuk menenangkan diri dan melayani Jay dari cuba untuk mencuri pandangan terhadap Syukri. “ Ish kau ni Farah, gatal jugak eah kau.” Farah tersenyum sendirian.

Beberapa bulan telah berlalu dan Lia juga telah selamat diijabkabulkan dengan Kamarul minggu lepas. Mereka kini berada di Australia sedang berbulan madu. Tinggallah Farah berseorangan.

“I’m at a payphone, trying to call home .. all of my change I spent on you..” Bunyi Experia Farah menjerit minta diangkat panggilannya. “Mama”, tertulis di skrin nama. Cepat cepat Farah angkat.

“Assalamualaikum, Mama. Apa khabar?”

“ Waalaikumsalam.. Iye sayang . Mama khabar baik. Farah dah lama sangat tak call Mama. Mama naik rindu jadinya tau.” Bising Mama pada anak bongsunya.

Tersenyum simpul Farah dibuatnya.” Maaflah ,Mama. Farah sibuk sangat sampaikan masa berehat sendiri pun dah kurang,Mama.”

“ Ye lah tu. Em,Farah. Minggu depan balik ye, nak. Ada orang nak masuk meminang. Keluarga pihak dia nak datang minggu depan. Mak harap la Farah dapat balik.”

Farah tersentak. “ Masuk meminang?? Siapa, Mama? Farah mana berkawan dengan mana-mana lelaki sekarang ni. Ish Mama ni. Taknak la Mama.” Farah merayu.

“ Farah balik dulu ye, nak. Lepas tu baru lah kita bincang. Mama nak pergi amek Nadia dari sekolah ni. Minggu depan balik ye. Assalamualaikum..” Mama mematikan talian.

Farah terkesima sebentar. ‘Masuk meminang? Dah gila ke ape laki tu?’ Farah kusut memikirkan siapa. Nak diadukan pada Lia, Lia tengah berbulan madu lah pula. Nak buat macam mana, kena balik kampung juga lah gamaknya.

Hari yang dinantikan tu tiba. Farah makin gelisah menantikan kehadiran keluarga pihak lelaki untuk merisik. Ikutkan hati, mahu sahaja Farah masuk ke kereta dan terus pulang ke Kuala Lumpur. Menyesal pula dia kembali ke Kedah.

“ Mama, ntah – ntah lelaki tu botak kot. Isshhh... tak nak la Mama. Mana tahu dia tu gemuk ke, ape ke... “ Farah cuba mencari jalan keluar dari semua ini.

“ Ishh, Farah. Farah belum lagi jumpa dengan orangnya, dah mula nak nilai. Tak baik tau sayang. Tak lama lagi dia sampai lah tu.” Kata Mama bila mendengar deruan enjin di luar.

Farah mengintai di celah celah tingkap siapakah gerangan insan yang ingin melamar. Alangkah terkejutnya dia bila ternampak Syakir keluar dari kereta.

“Ish, mamat tu kan dah kahwin, takkan nak jadikan aku isteri kedua pulak. Taknak aku. Depan muka dia aku tolak. Padan muka dia.” Macam-macam sedang bermain di fikiran Farah. Tiba-tiba, Farah menjadi tak tentu arah. Kelibat seseorang yang dia kenali menangkap pemandangan matanya. “SYUKRI!” Hati kecilnya menjerit.

“Jadi, kalau tiada apa apa halangan , kami ingin menyunting bunga di taman untuk anak bujang kami. Sudah lama dia menyimpan hasrat ini, Cuma dia menunggu masa yang sesuai untuk meluahkan apa yang tersirat.” Farah terdengar wakil dari pihak lelaki memulakan bicara.

“ Kalau sudi, ibu pihak lelaki dan anak bujang tuan boleh la masuk ke kamar dan bertanya sendiri soalan itu pada anak gadis kami.” Papa membalas.

Farah kini sudah berpeluh. Hatinya berdegup kencang. Nafasnya tidak sekata. Dunia seakan berhenti berputar. Benarkah semua ini terjadi padanya?

“Assalamualaikum, Farah.” Syukri memberi salam.

“Waalaikumsalam, Syukri. Erm, awak... sebelum kita teruskan, saya nak tanya. Kenapa saya? Sedangkan awak tak kenal saya lagi. Kita baru sahaja berkenalan walaupun dah lama bekerja di tempat yang sama.”Laju saja Farah mengutarakan soalan.

“ Tapi, di situ awak salah. Saya dah lama kenal awak. Saya perhatikan awak dari jauh. Saya teman awak selalu. Masa kereta awak ada masalah, masa awak balik kampung, masa awak bekerja pun saya ada.”Terang Syukri dengan tenang.

Berkerut muka Farah kehairanan. ‘ Macam mana awak tahu semua tu? Saya tak pernah ceritakann semua tu kecuali kepada satu  orang sahaja. Tapi tak mung..kin...” Farah kehilangan kata-kata.

“Awak, kan saya kata awak akan tahu siapa saya bila tiba masanya. Sayalah Jejaka Impian yang selalu menemani awak. Awalnya saya tak tahu itu awak, tapi Allah tu Maha Kuasa. Saya kebetulan lalu di belakang meja awak dan ternampak screen name nama saya dua bulan lepas. Tergerak hati saya untuk melamar awak sebab saya rasa macm saya dah lama kenal awak. Sudikah awak menerima lamaran dari seorang insan yang biasa ini, Dayangku Farah Alia? Sudikah awak berkongsi kehidupan dengan seorang insan yang banyak cacat cela dalam dirinya? Sudikah awak melengkapi hidup saya?” Kata-kata Syukri menusuk terus ke dalam kalbu hingga Farah menitiskan air matanya. Dengan perlahan, Farah menggangguk kepalanya tanda setuju.

Selesai majlis pertunangan, Farah menunaikan solat Asar sekaligus berdoa kepada Allah agar segala yang dirancang berjalan dengan lancar. Memang benar kata Lia. Orang yang sabar dapat lebih. Allah lebih hebat dalam merancang perjalanan hidupnya. Mungkin jodohnya bersama Syakir tidak seperti yang dirancang, tetapi Allah telah menganugerahkan dia dengan kehadiran seorang yang lebih baik untuk dirinya.

Jika ditanya beberapa bulan sebelumnya sama ada Farah akan bertunang, mesti Farah akan tergelak kuat dan menafikan kenyataan itu. “Aku? Nak kahwin? Hurm.. tunggu korang dapat cucu la gamak nye laa. Itu pun belum tentu aku akan kahwin lagi.” Itu lah selalu respon yang Farah berikan kalau diajukan soalan itu. Siapa sangka, beberapa bulan selepas Lia diijabkabul, Farah juga bakal menyusuli. Jodoh itu benarlah rahsia Allah.
“Everyone wants happiness.
No one wants pain.
But you can’t have the rainbow.
Without a little rain.”

Farah berulang kali mengucap syukur atas segala yang terjadi dalam hidupnya. Atas segala pahit manis dalam liku-liku hidupnya, dalam segala yang terjadi sepanjang dia berjalan di atas bumi Allah ini.

Kini, Farah bakal berkahwin dengan seorang insan yang cukup sifatnya, baik budi pekertinya, arif dalam hal agama dan dia yakin Syukri mampu membantu dia lebih dekat kepada-Nya,Insya Allah. Tiada apa yang lebih diingini Farah selain menjalani kehidupan rumah tangga yang bahagia dan diredhai-Nya. Itu lah doa Farah acapkali dan dia takkan pernah jemu mengucap doa itu. Kerana Allah, dia menerima lamaran ini, dan dia menyerahkan segalanya kepada Allah, kerana Allah Maha Mengetahui.



Alhamdullillah , mampu mencari sedikit masa untuk bercoret-coretan.. Tapi tu laa.. BM memang berterabur habes.. hehehe .. ampun semua nya... 

2 comments:

kifaharifin said...

abang besar here. nice job and well done. best. tapi typo faraj itu sgt kasar. kbai

calmehan said...

haha.komen kifah x boleh blah.adoi! anyway, dah macam cerpen pendek malay lah pulak. hewhew