“Apa perasaan kau kalau orang yang kau sayang rupanya
dengan orang lain? Yang paling aku sakit, kawan baik aku. Kawan baik aku!”
Amarah Farah tidak mampu dibendung lagi. Api membara terhadap Hani masih lagi
dalam hatinya. Sanggup kawan baiknya sendiri merampas Syakir darinya? Apa
persahabatan mereka tiada lagi nilainya?
“Sabar, Farah. Allah lebih sayangkan kau ... Allah
tunjukkan siapa diri Syakir yang sebenarnya pada kau.” Lia cuba menenangkan
sahabat karibnya itu. Tak sanggup dia melihat Farah resah sebegitu sekali. Hani pun satu. Dah tahu Farah dan Syakir dah
lama bersama, nak juga dicucuk jarumnya. Manusia manusia. “ Farah, kau dah tak lama dah kat UiTM ni
pun. Lepas ni, kita sama-sama nak sambung kt USA , kan..? Kau buka je lembaran
baru dalam hidup kau.”
“Takpe, Lia. Andai benarlah mereka ditakdirkan bersama,
aku redha. Aku Cuma sakit sebab mereka sorokkan perhubungan tu belakang aku.
Mungkin selama ni bila aku keluar dengan dia, dia fikirkan Hani, bila dengan
aku, dia tak pernah lekang dari handphone mahal dia tu. Sekarang baru aku tahu
dia sibuk mesej dengan Hani. Takpe, dua minggu lagi dah nak graduasi. Aku nak
pergi dari sini, Lia. Aku nak buka buku baru dengan permulaan cerita yang baru.
Kau akan sokong aku kan,Lia?” Farah mendekati Lia dan mengenggam tangannya.
“Farah, aku kawan baik kau sejak kita mulakan perjalanan
kita di UiTM ni. Kerana sokongan kau jugalah, aku berpeluang untuk melanjutkan
pelajaran dibawah tajaan MARA dengan kau. Sudah tentu aku akan sokong kau.
Sama-sama kita jadi akauntan Berjaya nanti, Insya-Allah.” Senyum Lia sambil
mengelap sisa air mata yang terkesan di pipi Farah.
Begitulah Farah. Ini bukan kali pertama perkara seperti
itu terjadi padanya. Sepanjang 23 tahun hidupnya di bumi Allah ni, ini kali
ketiga situasi ini terjadi. Namun, Farah yakin dengan rancangan-Nya dan
menganggap itu hanyalah dugaan kecil yang perlu ditempuhi.
Masa yang ditunggu tiba. 4 bulan selepas graduasi dah
insiden itu, Farah dan Lia kini berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur dan bersedia untuk melangkah ke bumi Barat. Semua ahli keluarga rakan-rakanya yang lain juga turut berkumpul.
Maklumlah, mungkin mereka hanya berpeluang untuk kembali ke tanah air tahun
depan. Sudah tentu masing masing sayu dengan perpisahan ini.
Farah tidak menyangka Hani dan Syakir berani datang ke
KLIA untuk menghantarnya, namun dimaniskan mukanya kerana banyak mata
memandang. Farah mencari Lia dan menariknya ke arah pasangan bahagia itu.
“Farah …” Syakir cuba untuk memulakan bicara.
“ Sebelum kau cakap apa-apa, aku dah lupakan segala
kenangan pahit apa yang terjadi antara aku, kau dan Hani. Sekarang, antara kita
semua, kosong kosong. Tak perlu cakap banyak lagi. Aku hargai kau berdua datang
ke sini. Aku doakan korang berdua bahagia. Aku hanya harap kalian berdua juga
doakan kejayaan aku dan Lia. Andai ditakdirkan, kita semua akn bertemu lagi.
Aku nak pergi pada keluarga aku. Maaf, Assalamualaikum.” Pantas sahaja Farah
berceloteh dan pergi ke arah keluarganya.
“ Lia ....” Hani pula cuba berbicara.
“ Hani, Lia tak tahu nak kata apa dalam perkara ni. Ini
keputusan kalian berdua. Keputusan kalian berdua telah menyakitkan hati seorang
sahabat yang selama ni ada dengan korang, tak kira susah mahupun senang.
Dengarlah kata Farah, lupakan semua apa yang terjadi. Doakan kejayaan
kami,Insya-Allah. Mungkin itu sahaja yang mampu mengurangkan rasa di hati
Farah.” Lia mendekati Hani dan menggenggam erat tanganya yang terketar-ketar
menahan rasa sebak.
“ Hani harap Farah mampu mencari ruang dalam hati dia
untuk memaafkan kami berdua.” Jelas Hani.
“ Farah dah lama maafkan, Cuma fahami hati seorang
perempuan. Andai terluka, perlukan masa untuk pulih. Syakir, kau pula jangan
sia-siakan semua ni. Kau dah buat keputusan jadi kau perlu bertanggungjawab dan
jaga Hani sebaik mungkin. Aku doakan yang terbaik untuk kalian berdua. Aku kena
pergi. Kesian keluarga aku tunggu lama. Kejap lagi dah kena masuk.”
“Good luck, Lia. Untuk kau dan Farah. Semoga selamat
pergi dan kembali.” Ucap Syakir sambil berpusing dan beredar dari situ dengan Hani
dalam pelukannya.
Farah yang memerhatikan gelagat mereka bertiga sejak tadi
berasa sangat sayu kerana terpaksa berkasar sebegitu sekali terhadap
insan-insan yang satu masa dahulu pernah digelar karib. Farah melihat Lia mula
bergerak ke arah nya, lalu Farah toleh dan mengelap sedikit air mata yang
jatuh. Farah nekad, dalam tempoh 3 tahun ni, dia nak bebas dari segala perasaan
cinta. Niatnya hanya satu . Ingin membuat keluarganya bangga terhadap
pencapaian dirinya.
“Farah, sedia?” Lia tersenyum manis sambil memegang
pasport dan tiket penerbangan.
Farah
menarik nafas dan menoleh. “ As ready as
I’ll ever be.” Dan mereka berdua melangkah melepasi kastam, melambai ke
arah ahli keluarga kali terakhir dengan harapan yang menggunung. Bermulalah
pengembaraan mereka ke Amerika Syarikat.
3 tahun berlalu dengan
begitu pantas. Lia dan Farah kini pulang ke tanah air dengan ijazah sarjana
muda yang lama diimpikan sejak dari kecil. Dalam tempoh tiga tahun ini jugalah
Farah berjaya menjauhkan dirinya dari segala belenggu cinta dan kini fokusnya
untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh.
Lia pula lain ceritanya.
Lia bertemu dengan seorang jejaka ketika sedang belajar dan kini berpacaran.
Mereka bercadang untuk mengikat tali pertunangan sebaik sahaja mereka meminta
restu keluarga masing masing.
“ Untungla haai si Kamarul
tu.. Dapat bakal bini cm kau, Lia. Cantik, pandai masak, baik .. semuanya ..”
Puji Farah tika meneman sahabat karibnya itu dalam kamar menunggu kedatangan
ibu Kamarul untuk menyarungkan cincin.
“ Ishh kau ni Farah. Puji
lebih lebih pula. Mana ada. Alhamdullillah, Allah pertemukan aku dengan dia.
Mungkin sudah sampai panggilan kami untuk berumah tangga.” Malu Lia dipuji
sebegitu.
“ Hai, Lia, untungnya kau.
Aku sanggup cuba apa sahaja untuk dapatkan apa yang kau ada sekarang. Takpe,
aku percaya Allah ada rancangan lagi hebat untuk aku. Aku akan tetap bersabar.”
Omel Farah berseorangan tatkala melihat Lia bersama bakal ibu mertuanya.
Farah kembali kepada rutin
hariannya. Kini bekerja di salah sebuat anak syarikat MARA, Farah kini makin
cekap dalam tugasnya dan sering mendapat pujian dari pekerja-pekerja
sekeliling. Farah juga tertarik dengan seorang lelaki yang berkerja dalam satu
pejabat dengannya, tapi didiamkan sahaja kerana enggan digelar perigi cari
timba. Biarlah Syukri tak tahu tentang perasaannya itu. Sambil bekerja, Farah
juga rajin ber-‘chatting’ di
Friendfinder. Pelbagai ragam manusia yang dijumpanya. Hinggalah dia ternampak
satu ‘screen name’ yang entah kenapa,
membuat Farah ingin benar mengenalinya. Tanpa menunggu, Farah menekan
‘Jejaka_Impian’ dan mula berbual dengannya.
Gadis_Pujaan: Hai.. selamat
berkenalan.
Jejaka_Impian: Assalamualaikum
awak. J
Gadis_Pujaan: Maaf, saya tak tahu awak Islam ke bukan tadi.
Waalaikumsalam. Nama awak?
Jejaka_Impian: Panggil saya Jay
je. Tapi tu bukan nama betul tau. Awak pula?
“Ish , mamat ni. Nak main tarik tali pulak dengan aku,” getus hati Farah.
Gadis_Pujaan : Awak pun panggil
saya Ja je lah. Tapi tu bukan nama betul juga tau. :P
Tersenyum Farah berseorangan di belakang mejanya sambil melayan
Jejaka_Impian. Farah rasa terhibur dengan gelagat sahabat mayanya ini.
Persahabatan mereka berlanjutan dengan bahagianya walaupun mereka tak tahu asal
usul masing-masing. Mereka boleh berkongsi kisah masalah kerja dan sebagainya.
Pernah juga Farah minta Jay menghantar gambarnya ke dia, tapi Jay menolak
dengan alasan takut Farah tak suka dan terus menyepi.
5 bulan berlalu dan mereka masih lagi berhubungan hanya
melalui laman web itu sahaja. Bahkan Farah tiada Twitter dia, mahupun Facebook.
Tapi, Farah merasa satu perasaan yang berbeza dari yang lain. Sejak mereka
kerap ber chatting, Farah tidak
pernah melepaskan Samsung Galaxy Tab nya itu. Lia yang sudah lama memerhatikan
gerak geri Farah juga perasan sesuatu yang berbeza dalma diri Farah. Farah kini
makin mudah senyum, suka gelak dan mudah dibawa berborak.
Lia menyelinap di belakang Farah dan cuba mengintai apa
yang sedang Farah lakukan. “ HAAAAH!” Terjah Lia.
“ Opocot mak kau terjatuh!” Latah Farah yang kemudiannya
bangun dari tempat duduk. “LIA! Tak baik tau terjah Farah macam tu. Terkejut aku
dibuatnya. Dah lah aku melatah kuat pulak tu.” Farah mula memuncungkan
mulutnya.
“Hehe ... Aku dah lama ada kat belakang kau. Kau tu yang
leka sangat sampai aku yang dah penat berdiri belakang kau pun kau tak sedar.
Kau dari tadi aku nampak asyik senyum je. Ada apa apa yang kau nak kongsi tak?
Cepat kongsi, sebab aku nak kongsi jugak berita dengan kau ni.” Lia melabuhkan
punggungnya di meja Farah.
“ Same old, same
old je sayang. Aku masih lagi tenagh berkenalan dengan si Jay ni. Aku dah
penat pujuk dia suh bagitahu nama, gambar.. semua dia tolak. Dia kata aku akan
tahu bila tiba masanya nanti. Haaihh..”
“Wahh, ala ala romantik gitu kaaauu... hahaha... alaaa,
sabar je la ... Kau sendiri cakap dengan aku kan.. Allah tahu apa yang terbaik
untuk kau.” Lia mula mengusik patung patung mainan yang ada diatas meja Farah.
“Ish kau ni. Kalau datang meja aku je, mesti nak
teraburkan patung patung tu kan.. bukan kau nk tolong kemaskan. Haaah, tadi kau
cakap ada berita jugak.. Apa beritanya?” Tangan Lia diketuk lembut dengan
pembaris.
“ Kedekut la kau ni Farah. Hehe .. Anyways, ada dua berita. Berita satu, aku dengar Hani dengan Syakir
bakal melangsungkan perkahwinan dorang akhir bulan ni. Kau nak pegi tak?” Lia
menjangkakan yang Farah takkan setuju tapi...
“ Sure, why not?
Lagipun aku dah lama tak jumpa dorang. Haruslah kita pergi. Berita kedua?”
“ Aku dengan Kamarul dah tetapkan tarikh kami. Kau pula
akan secara autonominya akan menjadi pengapit terhormat aku. Kau kena pakai
baju apa yang aku pilih tau. WAJIB!’ Lia memberi amaran.
“ Beb, kalau baju kau pilih cam budak budak, memang sah
aku takkan pakai. Poodaahh kau.. hhaha...” Hilai tawa Farah dan Lia memenuhi
segenap ruang pejabat tu.
“Eh, Lia. Aku nak sambung buat kerja ni. Leger ni boss
nak kejap lagi. Tadi leka sekejap dengan Jay. Pastu kau pulak datang menyibok.”
“Hahaha.. ye la tu kau. Okay la. Balik nanti kita borak
lagi.” Lia kembali ke mejanya.
“ Eh, mana dia ni? Syukri, mana kau? Tadi elok je kau
depan mata aku...” Mata Farah melilau mencari klibat Syukri tapi mana ntah lelaki itu. Farah juga melihat Samsung Tabnya dan
melihat Jay sudah pun offline. “Memang korang nak aku buat kerja , kan? Haaihh
...”Farah merungut sendirian.
Farah menggagahkan dirinya melangkah ke majlis pernikahan
dan persandingan Syakir dan Hani. Dalam hatinya, dia memohon kekuatan agar
dapat menempuh hari itu dengan senyuman dan redha atas satu perkara yang
terjadi lama dulu. Mungkin jodoh dia dan Syakir hanyalah sampai situ sahaja.
Allah Maha Mengetahui. Lia hadir ditemani tunang tersayang dan Farah pula tidak
berteman. Betapa kekoknya rasa, namun Farah redah je.
“ Selamat Pengantin Baru korang. Moga kekal hingga ke
anak cucu. Moga rumah tangga korang sentiasa diberkati dan dirahmati.” Salam
huluran Hani disambut Farah dengan senyuman.
“Farah.. Thank you
sebab datang. Aku fikir kau tak datang tadi.” Syakir nampak segak berbaju
Melayu warna biru.
“ Takkan la aku tak datang. Kawan aku kan. Mestilah aku
datang. Korang ni merepek ape ntah .. Haaaiihh...” Gurau Farah sambil cuba
menyembunyikan perasaan sebenar.
“ Farah, ni kenalkan, Syukri. Kawan baik aku.” Syakir
menoleh ke kanan dan memeperkenalkan seseorang yang telah lama aku kenal.
“ Syukri ... Hai, saya Farah. Eh, bukan kita sama tempat
kerja ke?” Farah hairan.
“ Betul la tu. Saya duduk depan sikit dari meja awak.”
Balas Syukri dengan senyuman yang sudah lama Farah idamkan.
“Mak aihh.. rupanya dia ni kawan Syakir rupanya. Alaaahaaai.”
Farah terleka seketika hinggalah dirinya ditepuk perlahan oleh Lia.
“Mak cik, kau kalau tak termenung, memang tak sah eah?
Nasib baik aku tak sergah kau tadi. Kalau tak, memang kau jadi tarikan utama
majlis ni kau tau tak.” Lia mengusik Farah lagi.
Farah cuba untuk menenangkan diri dan melayani Jay dari
cuba untuk mencuri pandangan terhadap Syukri. “ Ish kau ni Farah, gatal jugak
eah kau.” Farah tersenyum sendirian.
Beberapa bulan telah berlalu dan Lia juga telah selamat
diijabkabulkan dengan Kamarul minggu lepas. Mereka kini berada di Australia
sedang berbulan madu. Tinggallah Farah berseorangan.
“I’m
at a payphone, trying to call home .. all of my change I spent on you..” Bunyi Experia Farah menjerit minta diangkat
panggilannya. “Mama”, tertulis di skrin nama. Cepat cepat Farah angkat.
“Assalamualaikum, Mama. Apa khabar?”
“ Waalaikumsalam.. Iye sayang . Mama khabar baik. Farah
dah lama sangat tak call Mama. Mama naik rindu jadinya tau.” Bising Mama pada
anak bongsunya.
Tersenyum simpul Farah dibuatnya.” Maaflah ,Mama. Farah
sibuk sangat sampaikan masa berehat sendiri pun dah kurang,Mama.”
“ Ye lah tu. Em,Farah. Minggu depan balik ye, nak. Ada
orang nak masuk meminang. Keluarga pihak dia nak datang minggu depan. Mak harap
la Farah dapat balik.”
Farah tersentak. “ Masuk meminang?? Siapa, Mama? Farah
mana berkawan dengan mana-mana lelaki sekarang ni. Ish Mama ni. Taknak la
Mama.” Farah merayu.
“ Farah balik dulu ye, nak. Lepas tu baru lah kita
bincang. Mama nak pergi amek Nadia dari sekolah ni. Minggu depan balik ye.
Assalamualaikum..” Mama mematikan talian.
Farah terkesima sebentar. ‘Masuk meminang? Dah gila ke
ape laki tu?’ Farah kusut memikirkan siapa. Nak diadukan pada Lia, Lia tengah
berbulan madu lah pula. Nak buat macam mana, kena balik kampung juga lah
gamaknya.
Hari yang dinantikan tu tiba. Farah makin gelisah
menantikan kehadiran keluarga pihak lelaki untuk merisik. Ikutkan hati, mahu
sahaja Farah masuk ke kereta dan terus pulang ke Kuala Lumpur. Menyesal pula
dia kembali ke Kedah.
“ Mama, ntah – ntah lelaki tu botak kot. Isshhh... tak
nak la Mama. Mana tahu dia tu gemuk ke, ape ke... “ Farah cuba mencari jalan
keluar dari semua ini.
“ Ishh, Farah. Farah belum lagi jumpa dengan orangnya,
dah mula nak nilai. Tak baik tau sayang. Tak lama lagi dia sampai lah tu.” Kata
Mama bila mendengar deruan enjin di luar.
Farah mengintai di celah celah tingkap siapakah gerangan
insan yang ingin melamar. Alangkah terkejutnya dia bila ternampak Syakir keluar
dari kereta.
“Ish, mamat tu kan dah kahwin, takkan nak jadikan aku
isteri kedua pulak. Taknak aku. Depan muka dia aku tolak. Padan muka dia.”
Macam-macam sedang bermain di fikiran Farah. Tiba-tiba, Farah menjadi tak tentu
arah. Kelibat seseorang yang dia kenali menangkap pemandangan matanya. “SYUKRI!”
Hati kecilnya menjerit.
“Jadi, kalau tiada apa apa halangan , kami ingin menyunting
bunga di taman untuk anak bujang kami. Sudah lama dia menyimpan hasrat ini, Cuma
dia menunggu masa yang sesuai untuk meluahkan apa yang tersirat.” Farah
terdengar wakil dari pihak lelaki memulakan bicara.
“ Kalau sudi, ibu pihak lelaki dan anak bujang tuan boleh
la masuk ke kamar dan bertanya sendiri soalan itu pada anak gadis kami.” Papa
membalas.
Farah kini sudah berpeluh. Hatinya berdegup kencang.
Nafasnya tidak sekata. Dunia seakan berhenti berputar. Benarkah semua ini
terjadi padanya?
“Assalamualaikum, Farah.” Syukri memberi salam.
“Waalaikumsalam, Syukri. Erm, awak... sebelum kita
teruskan, saya nak tanya. Kenapa saya? Sedangkan awak tak kenal saya lagi. Kita
baru sahaja berkenalan walaupun dah lama bekerja di tempat yang sama.”Laju saja
Farah mengutarakan soalan.
“ Tapi, di situ awak salah. Saya dah lama kenal awak. Saya
perhatikan awak dari jauh. Saya teman awak selalu. Masa kereta awak ada
masalah, masa awak balik kampung, masa awak bekerja pun saya ada.”Terang
Syukri dengan tenang.
Berkerut muka Farah kehairanan. ‘ Macam mana awak tahu
semua tu? Saya tak pernah ceritakann semua tu kecuali kepada satu orang sahaja. Tapi tak mung..kin...” Farah
kehilangan kata-kata.
“Awak, kan saya kata awak akan tahu siapa saya bila tiba
masanya. Sayalah Jejaka Impian yang selalu menemani awak. Awalnya saya tak tahu
itu awak, tapi Allah tu Maha Kuasa. Saya kebetulan lalu di belakang meja awak dan
ternampak screen name nama saya dua
bulan lepas. Tergerak hati saya untuk melamar awak sebab saya rasa macm saya
dah lama kenal awak. Sudikah awak menerima lamaran dari seorang insan yang
biasa ini, Dayangku Farah Alia? Sudikah awak berkongsi kehidupan dengan seorang
insan yang banyak cacat cela dalam dirinya? Sudikah awak melengkapi hidup saya?” Kata-kata Syukri menusuk terus ke dalam kalbu hingga Farah menitiskan air
matanya. Dengan perlahan, Farah menggangguk kepalanya tanda setuju.
Selesai majlis pertunangan, Farah menunaikan solat Asar
sekaligus berdoa kepada Allah agar segala yang dirancang berjalan dengan
lancar. Memang benar kata Lia. Orang yang sabar dapat lebih. Allah lebih hebat
dalam merancang perjalanan hidupnya. Mungkin jodohnya bersama Syakir tidak
seperti yang dirancang, tetapi Allah telah menganugerahkan dia dengan kehadiran
seorang yang lebih baik untuk dirinya.
Jika ditanya beberapa bulan sebelumnya sama ada Farah
akan bertunang, mesti Farah akan tergelak kuat dan menafikan kenyataan itu. “Aku?
Nak kahwin? Hurm.. tunggu korang dapat cucu la gamak nye laa. Itu pun belum
tentu aku akan kahwin lagi.” Itu lah selalu respon yang Farah berikan kalau
diajukan soalan itu. Siapa sangka, beberapa bulan selepas Lia diijabkabul,
Farah juga bakal menyusuli. Jodoh itu benarlah rahsia Allah.
“Everyone wants happiness.
No one wants pain.
But you can’t have the rainbow.
Without a little rain.”
Farah berulang kali mengucap syukur atas segala yang terjadi
dalam hidupnya. Atas segala pahit manis dalam liku-liku hidupnya, dalam segala
yang terjadi sepanjang dia berjalan di atas bumi Allah ini.
Kini, Farah bakal berkahwin dengan seorang insan yang
cukup sifatnya, baik budi pekertinya, arif dalam hal agama dan dia yakin Syukri
mampu membantu dia lebih dekat kepada-Nya,Insya Allah. Tiada apa yang lebih
diingini Farah selain menjalani kehidupan rumah tangga yang bahagia dan diredhai-Nya.
Itu lah doa Farah acapkali dan dia takkan pernah jemu mengucap doa itu. Kerana
Allah, dia menerima lamaran ini, dan dia menyerahkan segalanya kepada Allah,
kerana Allah Maha Mengetahui.
Alhamdullillah , mampu mencari sedikit masa untuk bercoret-coretan.. Tapi tu laa.. BM memang berterabur habes.. hehehe .. ampun semua nya...
2 comments:
abang besar here. nice job and well done. best. tapi typo faraj itu sgt kasar. kbai
haha.komen kifah x boleh blah.adoi! anyway, dah macam cerpen pendek malay lah pulak. hewhew
Post a Comment